Sabtu, 9 April 2011

DAP Tuntut Penubuhan Suruhanjaya.

DAP hari ini menuntut sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi bagi menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya PencegahRasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Conchrane, Kuala Lumpur.

NONE“DAP melahirkan rasa marah di atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?” soal setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media.

Menurut Lim, suruhanjaya itu bakal menentukan punca kematian dan menghukum mereka yang bertanggungjawab. Selain itu, katanya ia bertujuan bagi memastikan suspek yang dipanggil tidak akan cedera ataupun mati ketika dalam tahanan SPRM.

“Kematian Ahmad dan beberapa rantaian peristiwa yang menyebabkan kematian mengingatkan kembali kematian tragis Setiausaha Politik DAP, Teoh Beng Hock di Ibu Pejabat Bangunan SPRM, Selangor. 

“Walaupun SPRM telah berjanji bahawa kes seperti itu tidak akan berulang selepas kematian Teoh dan tempoh jawatan Pengarah yang lepas tidak disambung, namun kematian Penolong Pengarah Ahmad pagi tadi menunjukkan bahawa SPRM tidak pernah belajar daripada kematian tragis Teoh,”

NONELim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata sehubungan dengan kejadian itu, rakyat kini tidak mempercayai kata-kata janji-janji yang dibuat oleh beberapa pemimpin BN.

“Persoalannya terletak kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan serius dalam mencari siapa yang bertanggungjawab dan seterusnya mengambil tindakan. 

“Kematian tragis Ahmad akan menimbulkan kecurigaan yang lebih mendalam dan seterusnya menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap kaedah operasi dan cara penyiasatan SPRM,” katanya.

Beliau juga menuntut supaya SPRM dirombak semula bagi memastikan suruhanjaya itu masih relevan untuk melaksanakan tugas anti rasuahnya secara efektif, efisen, tidak berat sebelah dan profesional tanpa ada sebarang kecederaan ataupun kematian terhadap suspek.

“Kegagalan SPRM dalam menyiasat tuduhan rasuah ke atas Ketua MenteriSarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunjukkan dengan jelas wujudnya “double-standards” dan kegagalan sistem badan tersebut dalam menegakkan undang-undang secara saksama.

“SPRM tanpa kredibiliti menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah. Untuk merombak semula, DAP mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Badan Siasatan Bebas oleh Transparency International bagi mengkaji semula operasi dan kaedah SPRM,” akhiri kenyataannya.

Khalid: Selangor tekad pertahan keselamatan pegawainya
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya berkata, kejadian hari ini menguatkan lagi hasrat kerajaan Selangor untuk melindungi setiap pegawainya, bagi memastikan keselamatan mereka terjamin ketika berada dalam tahanan badan tersebut.

NONE“Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan, perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.

“Arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi,” katanya.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Khalid berkata, SPRM langsung tidak belajar daripada kesilapan lalu di mana Teoh Beng Hock ditemui mati ketika berada dalam tahanan mereka pada Julai 2009.

“Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

“Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang,” katanya.

Tragedi berlaku ketika sebuah Suruhanjaya Diraja sedang menyiasat prosedur operasi SPRM susulan kematian bekas pembantu Exco Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock, yang mati pada Julai 2009.(Sumber)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan