Sabtu, 9 April 2011

Ibu Pengsan Melihat jenazah anak.

Ketibaan jenazah Ahmad Sarbani Mohamed petang ini disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh kira-kira 400 orang yang memenuhi Surau Ar-Rahman, Kelana Jaya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

NONEAda di kalangan mereka yang mengalirkan air mata, malah wanita yang dikenalpasti sebagai ibu kepada Allahyarham turut pengsan untuk beberapa ketika apabila melihat wajah Ahmad Sarbani.

Jenazah yang telah dikafankan itu dibawa daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan tiba dengan kenderaan jenazah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada kira-kira jam 5.10 petang ini.

Sebaik tiba, jenazah Allahyarham diletakkan di hadapan mimbar surau berkenaan dan wajahnya dibuka untuk ditatap buat kali terakhir.

Jenazah itu kemudiannya disembahyangkan oleh jemaah yang turut mengadakan majis tahlil dan bacaan surah Yassin serta solat hajat sebelum itu.

NONEJenazah berkenaan kini dibawa ke tanah perkuburan Islam di Kota Damansara dan semalam disemadikan pada kira-kira jam 6.30 petang.

Difahamkan, satu bedah siasat juga telah dijalankan ke atas jenazah Allahyarham di HUKM dan satu analisis juga dibuat ke atas keputusan bedah siasat berkenaan.

Jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan turut disembahyangkan di HUKM.

Ahmad Sarbani ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Ahmad Sarbani yang merupakan pembantu pengarah di pejabat JKDM Selangor berada di pejabat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
NONETerdahulu, imam bagi solat hajat yang dijalankan sebelum itu mengumumkan bahawa solat sunat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk Allah bagi menyerlahkan kebenaran dan menyelesaikan kes berkenaan.

Malaysiakini turut menemui beberapa orang rakan Allahyarham ketika kunjungan di kediaman Allahyarham di Kelana Jaya.

Ada di antara mereka yang datang dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak, untuk menziarahi keluarga Allahyarham.

Ada juga di kalangan mereka yang menyatakan rasa terkejut dan tidak percaya bahawa kawan sekampung mereka itu telah meninggal dunia.

NONESalah seorang daripada mereka berkata Ahmad Sarbani adalah seorang rakan yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

"Kami boleh cakap mengenai peribadinya sahaja. Mengenai kes ini, kami tak tahu," sampuk seorang rakannya yang lain.

Sementara itu, seorang guru agama kepada anak bongsu Allahyarham turut menyatakan rasa sedihnya atas pemergian Ahmad Sarbani.
Said Mahmud berkata beliau juga seperti tidak percaya bahawa pegawai kastam itu telah meninggal dunia.

Dari Pemuda PAS Perak

yang pergi tetap pergi (alfatihah). Tapi apa yg ditiggalkan adalah satu kejadian yang perlu disasat seadil2 nya. mugkinkah akan jadi seperti kes altantuya yg dibunuh oleh polis menggunakan C4 tanpa sebab? dan mugknkah juga sperti beng hock yng mati tanpa pembunuh atau mebunuh diri? dn apakah akan ada yg di kambing hitam seperti kehilangan enjin jet? apakah kehilangan wang (pengubahan wang haram) bernilai berbilon ringgit akan terus terpadam bersama2 saksi yg mati? maka pergilah allayarham bersama2 bukti yg ada padanya. mungkinkah ada indivitu yang akan rasa tenang selepes keprgian beliau bersma bahan bukti? siapakah dapat buktikan kes kematian ini dan kes pengkhianatan kepada negara dengan kehilangan wang yang bukan sedikit jumlahnya. semua persoalan ini akan terjawab apabila tumbangnya rejim umno dan BN. kerana tiada siasatan yang adil buat mereka yang dizalimi selagi BN memerintah. percayalah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan