Sabtu, 9 April 2011

Kesatuan Minta Najib Bersih Nama.

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membersihkan nama kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia daripada dakwaan menyebabkan kerugian hasil melibatkan sejumlah RM108 bilion.

NONERayuan itu disuarakan oleh presiden kesatuan itu, Ibrahim Ahmad dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, kesatuan itu akan menghantar satu telegram secepat mungkin kepada perdana menteri untuk mengadakan pertemuan dengan beliau.

"Kita mahu buat pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak agar beliau dapat membersihkan nama (jabatan) kastam yang tercemar," kata Ibrahim.

Jelasnya, perdana menteri yang juga menteri kewangan perlu memberi penjelasan bagi mengubah persepsi rakyat terhadap anggota jabatan itu.

Jelasnya, dakwaan rasuah berjumlah RM108 bilion itu telah mengguris perasaan anggota kastam.

Katanya, kesatuan itu mahu membersihkan nama anggotanya yang tercemar akibat laporan media "bahawa penyelewengan sebanyak RM108 bilion adalah angkara kastam."

NONE"Kenyataan bahawa wang (dijumpai) berselerak seolah-olah kita ni kaya sangat, walhal ada yang berlepek, tak berduit pun," tambahnya.

Sehubungan itu juga, Ibrahim (kanan) berkata satu pertemuan akan diadakan dengan ketua pesuruhjaya SPRM bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu.

Sementara itu, presiden Cuepacs Datuk Omar Osman yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, pertemuan itu akan diadakan pada 12 April di pejabat SPRM, Putrajaya.

Omar berkata, beliau juga akan mengiringi pemimpin kesatuan berkenaan, yang merupakan anggota gabungan Cuepacs, dalam pertemuan berkenaan.

Jelasnya, pertemuan itu penting bagi memulihkan kembali semangat anggota kastam yang terjejas akibat siasatan yang dijalankan SPRM.

"Kita bukan hendak cari kesalahan sesiapa tetapi untuk pulihkan imej kastam," katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah pemimpin daripada kesatuan pegawai kastam Sabah, Awang Badele Awang Ali dan juga pemimpin kesatuan kakitangan kastam Sarawak, Ibrahim Bali.

Terdahulu pemimpin berkenaan mengadakan perjumpaan khas bagi membincangkan siasatan yang kini dijalankan ke atas 62 kakitangan jabatan itu.

Turut dibincangkan ialah kes melibatkan seorang pegawai kanan JKDM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di premis SPRM, Rabu lalu.(Sumber)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan