Jumaat, 22 April 2011

Polis: Siasatan kematian Sarbani sudah lengkap

Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu depan.

NONEKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lalu adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata, siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.

NONE"Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman hari ini Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salahlaku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.

NONE"Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.

Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya adalah sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin, oleh itu penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang berdisiplin.

- Bernama

Kes Sarbaini: Polis rumus kematian mengejut, tiada elemen jenayah

Ahmad Sarbaini Mohamed
Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 6 April lalu.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Kata sumber, keluarga Ahmad Sarbaini sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM atas sebab kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya penolong pengarah kastam membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima anak.

Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Laporan media sebelum ini menyebut polis telah mengambil keterangan daripada 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini.

Selasa, 12 April 2011

16 Termasuk Anggota Keluarga Ahmad Sarbani Beri Keterangan

Polis sudah mengambil keterangan daripada 16 orang termasuk anggota keluarga Ahmad Sarbani Mohamed sehingga semalam bagi membantu siasatan kematian penolong pengarah Kastam Selangor itu pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dan berapa ramai anggota keluarga Ahmad Sarbani yang diambil keterangan.

“Polis akan mengambil lagi keterangan dari individu berkaitan jika siasatanyang dilakukan memerlukan lagi maklumat,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Sempena Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah di Pusat Beli-Belah Wangsa Walk anjuran MSL Properties di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) TanSri Lee Lam Thye yang juga Pengerusi MSL.

Dalam kejadian itu, Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati dengan kecederaan di kepala di gelanggang badminton di tingkat 1, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ketika diminta mengulas tentang rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperolehi polis dari tempat kejadian itu, Zulkifli berkata polis masih menganalisisnya.

“Polis tidak boleh buat keputusan tergesa-gesa kerana ini kes yang ingin diketahui oleh orang ramai,” katanya.

Terdahulu dalam sesi dialog itu, orang ramai memohon Polis Kuala Lumpur supaya mewujudkan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berikutan bilangan penduduk yang semakin ramai di kawasan itu.

Selain itu, mereka juga meminta polis memasang lebih banyak CCTV di kawasan Sentul, Keramat dan Wangsa Maju kerana banyak kes ragut dikatakan berlaku di kawasan berkenaan.

Zulkifli berkata Polis Kuala Lumpur memang merancang menubuhkan IPD Wangsa Maju tahun ini kerana penduduknya yang kini seramai 350,000 orang dan bersedia menambah CCTV di kawasan berkenaan. Sumber

Kastam Syor Kerajaan Tubuh Badan Penasihat.

Kastam Diraja Malaysia mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan penasihat kastam yang berfungsi untuk memantau prestasi jabatan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalil Yusuf, berkata badan itu dicadang supaya dianggotai tokoh-tokoh masyarakat termasuk di bidang akademik, korporat, perniagaan dan politik, yang bertindak menasihat dan memberi teguran yang perlu untuk menambahbaik jabatan itu daripada semasa ke semasa.

Beliau berkata cadangan penubuhan badan penasihat itu adalah antara strategi jangka pendek yang diputuskan hasil Mesyuarat Pengarah Kastam Se Malaysia ke-65 di Tasik Kenyir, Hulu Terenggganu pada 4 hingga 6 April lalu, dalam usaha menambah baik dan meningkatkan kembali integriti jabatan.

"Dalam mesyuarat kali ini kami meneliti draf pindaan undang-undang Akta Kastam 1967 dan akta-akta berkaitan dengan jabatan ini yang dianggap sudah tidak lagi sesuai serta boleh menyumbang kepada penyelewengan.

"Hasilnya, kami (cadangkan) pinda 82 undang-undang sedia ada dan menambah 49 peruntukan baru, yang akan dikemukakan kepada kementerian untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk dipertimbangkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, semalam.

Mohamed Khalil berkata kajian untuk meminda akta yang dianggap lapuk dan perlu penambahbaikan itu sudah lama dilakukan dan ia tiadak kaitan dengan dengan penahanan 63 kakitangan jabatan Kastam termasuk pegawai kanan bergelar Datuk dalam Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata dalam mesyuarat kali ini juga Jabatan Kastam memutuskan untuk membangunkan sistem yang dikenali sebagai e-Rotation atau e-Perkhidmatan di mana pegawai kastam yang bertugas akan ditukarkan ke tempat baru mengikut penentuan secara elektronik.

Selain itu, katanya Jabatan Kastam juga bersetuju untuk menjadikan unit tataterbit jabatan itu sebagai badan pemantau terhadap pemilikan harta para pegawai.

"Arahan kerajaan kini memanglah pegawai kerajaan kena isytihar hantar, tetapi soalnya sekarang adakah ia dipantau secara teliti setiap perisytiharan harta yang dimaklumkan, apakah ada satu badan untuk memantaunya?" katanya. (Sumber)

Isnin, 11 April 2011

IGP: Bedah Siasat Sarbani Belum Boleh Didedah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang menyamakan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed dengan kes Teoh Beng Hock.

NONE"Kedua-dua kes ini adalah berbeza dari segi faktanya. Jadi saya rasa tak boleh buat satu kesimpulan seolah-olah ada perkara yang tidak betul berlaku dalam kes ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Serdang sempena memperingati Hari Polis ke-204, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas kes Ahmad Sarbani yang ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane semalam, Ismail berkata polis perlu diberikan kepercayaan untuk menyiasat kes itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

"Kita ada proses siasatan, proses pendakwaan dan perbicaraan; jadi biarlah proses ini berjalan dulu. Hormati sistem yang ada dalam negara; hormati kepada proses perundangan. Maka kebenaran akan diketahui akhirnya," katanya.

NONEIsmail berkata polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu termasuk mengkaji keputusan bedah siasat yang diperolehi dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Saya tidak boleh dedahkan lagi keputusannya (bedah siasat), tunggu dulu. Apa yang boleh saya katakan ialah bedah siasat berjalan lancar, pemeriksaan di tempat kejadian dah dibuat termasuk berjumpa dengan saksi-saksi," katanya.

Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, namun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

NONEBeliau dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu semalam untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

Teoh pula ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan di bangunan itu.(Sumber)

Charles Santiago Kata Sarbani Dibunuh Pegawai Kastam...!!!!


GT terbaca satu kenyataan dari FMT yang mengatakan bahawa Charles Santiago memberi tahu bahawa seorang pegawai kanan berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kematian Sarbani.

Ahli Parlimen Klang itu berkata dia mengetahui perkara ini melalui ejen-ejen penghantar kargo di Pelabuhan Klang.

Ini adalah dakwaan yang serius yang boleh diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Charles wajib dipanggil memberi keterangan berikutan perkara ini bagi membantu siasatan.

Polis sudah mengklasifikasikan ia sebagai kes bunuh diri, namun ianya ditolak oleh rakan-rakan dan kesatuan sekerja.

GT percaya kepada laporan siasatan, namun dakwaan Charles juga wajib diambil kira oleh pihak penyiasat. Kita mahukan siasatan yang telus dan rapi dimana segala kemungkinan diambil kira.

Dan yang paling penting, kita tidak mahu terus - terusan membiarkan jerung kelaparan bermaharajalela membaham duit hasil dari memanipulasikan cukai Kastam!(Sumber)

Rakan Sekerja Sarbani Syak Berlaku Unsur Khianat.


Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam keskematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.
NONESalah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.
NONE

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

Kematian Sarbani: Kerajaan Timbang Tubuh Inkues.

Jemaah menteri yang bermesyuarat hari ini gagal membuat sebarang keputusan sama ada sebuah Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.

NONESebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membayangkan kemungkinan sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kejadian Rabu lalu itu tetapi katanya polis perlu menyelesaikan siasatan terlebih dahulu.

"Proses menentukan kes kematian mengejutkan ini lazimnya membabitkan penubuhan sebuah inkues sebelum Suruhanjaya Diraja boleh ditubuhkan,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah harin ini berkata kesan kecederaan pada jenazah Ahmad Sarbani konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

Kelmarin, mayat Allahyarham, 56, ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala. 

NONEBeliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

Beliau dilepaskan dengan jaminan pada 2 April lalu selepas didakwa di mahkamah.

Allahyarham dikebumikan di pusat pengkebumian Islam Kota Damansara pada jam 6.30 petang semalam.MK

Kandungan Telefon Bimbit Sarbani Disiasat.

Kandungan maklumat dalam telefon bimbit milik penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane Rabu lepas, kini dalam siasatan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed itu antara bukti yang disiasat Unit Forensik selain rakaman CCTV bangunan pejabat itu dan bukti di tempat kejadian.

"Unit Forensik sentiasa mencari bukti-bukti penting bagi melengkapkan laporan mereka sama ada dari telefon bimbit, CCTV atau kembali semula ke tempat kejadian.

"Setiap hari memang ada petunjuk baru tapi kita tidak boleh dedahkan kerana boleh menganggu siasatan," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.

Beliau berkata sejak kes itu dilaporkan, polis menjalankan sisatan terperinci dengan sentiasa memanggil individu baru atau memanggil semula mana-mana 16 individu yang telah diambil keterangan sebelum ini bagi membantu siasatan.

Ku berkata siasatan dapat diselesaikan apabila semua laporan forensik diperoleh dan keterangan saksi selesai diambil.

"Kita semua perlu tunggu. Jangan bagi kami 'deadline' bila kes boleh diselesaikan," katanya yang tidak menolak kemungkinan kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia.

Ahad, 10 April 2011

Gantung Tugas Abu Kassim..!!

DAP gesa Putrajaya gantung tugas ketua SPRM sehingga siasatan selesai

DAP hari ini menggesa Putrajaya menggantung tugas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sehingga siasatan kematian seorang pegawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamed selesai.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berkata tindakan menggantung tugas Abu Kassim perlu ekoran kenyataannya yang menyifatkan kematian Ahmad Sarbani tidak patut dieklsploitasikan atau dimanipulasikan sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka.

“DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim digantung tugas selaku Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan terhadap Ahmad Sarbani selesai.

“Datuk Seri Abu Kassim berniat jahat apabila beliau berharap kematian itu tidak akan dieksploitasi atau dimanipulasikan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribasdi, kenyataan sebegitu bukan sahaja menunjukkan rasa bersalah namun satu percubaan mahu menghentikan kebenaran dan keadilan diperoleh dalam insiden terbaru itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyifatkan sepanjang menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim masih belum mencapai kejayaan yang sepatutnya, ditambah pula dengan sikap berdiam diri dan suka berahsia tentang operasi agensi kerajaan itu,” katanya.

“Datuk Seri Abu Kassim tidak sepenuhnya berjaya disebabkan sifat suka berahsia tentang operasi SPRM menunjukkan sikap double standard sehingga gagal mengambil tindakan menentang amalan rasuah pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Bagaimanapun kematian Ahmad Sarbani akan menghalang segala usaha Datuk Seri Abu Kassim mahu membuat perubahan dan komen beliau juga tidak boleh dipandang ringan,” kata Lim yang turut memuji langkah Abu Kassim untuk membersihkan dan mengembalikan profesionalisme SPRM.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan dan dipertanggungjawab dalam insiden terbaru itu.

Beliau juga menyifatkan cara siasatan SPRM yang mencari kebenaran dan keadilan sehingga berlaku kematian adalah tidak bertanggungjawab.(Insider)

Sabtu, 9 April 2011

Kesatuan Harap Anggotanya Tak 'Dipukul' SPRM. PDRM Apa Kurangnya.

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Ibrahim Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden melibatkan seorang anggotanya, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu.
NONE"Kita minta (ketua pesuruhjaya) SPRM beri jaminan supaya pegawai 
yang disiasat tidak dipukul atau dijentik.

"Kita mahu (siasatan) ikut prosedur. Kita minta SPRM lebih profesional dan bertanggungjawab

Menjawab soalan, Ibrahim berkata, setakat ini belum ada laporan polis melibatkan anggota dikasari SPRM.

"Ini cuma kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul.

"Kita tak pernah nak bersengketa dengan mana-mana agensi kerajaan. Kita hanya bekerja untuk memungut hasil negara," katanya lagi dalam satu sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya petang ini.

Kebimbangan itu turut diulas oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam, Mohd Noor Yusoff yang menjelaskan bahawa belum ada sebarang aduan dibuat berhubung perkara itu.

"Kita tidak ada (terima aduan), cuma pegawai-pegawai kanan yang ditahan itu tahu hak mereka.

NONE"Kalau ada kes-kes dipukul, dipaksa, diugut, itu diluar jangkaan.

"Kita mengharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan adil kerana mereka ini belum dituduh, cuma membantu siasatan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani (kiri).

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media itu.(Sumber)

Kesatuan Minta Najib Bersih Nama.

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membersihkan nama kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia daripada dakwaan menyebabkan kerugian hasil melibatkan sejumlah RM108 bilion.

NONERayuan itu disuarakan oleh presiden kesatuan itu, Ibrahim Ahmad dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, kesatuan itu akan menghantar satu telegram secepat mungkin kepada perdana menteri untuk mengadakan pertemuan dengan beliau.

"Kita mahu buat pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak agar beliau dapat membersihkan nama (jabatan) kastam yang tercemar," kata Ibrahim.

Jelasnya, perdana menteri yang juga menteri kewangan perlu memberi penjelasan bagi mengubah persepsi rakyat terhadap anggota jabatan itu.

Jelasnya, dakwaan rasuah berjumlah RM108 bilion itu telah mengguris perasaan anggota kastam.

Katanya, kesatuan itu mahu membersihkan nama anggotanya yang tercemar akibat laporan media "bahawa penyelewengan sebanyak RM108 bilion adalah angkara kastam."

NONE"Kenyataan bahawa wang (dijumpai) berselerak seolah-olah kita ni kaya sangat, walhal ada yang berlepek, tak berduit pun," tambahnya.

Sehubungan itu juga, Ibrahim (kanan) berkata satu pertemuan akan diadakan dengan ketua pesuruhjaya SPRM bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu.

Sementara itu, presiden Cuepacs Datuk Omar Osman yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, pertemuan itu akan diadakan pada 12 April di pejabat SPRM, Putrajaya.

Omar berkata, beliau juga akan mengiringi pemimpin kesatuan berkenaan, yang merupakan anggota gabungan Cuepacs, dalam pertemuan berkenaan.

Jelasnya, pertemuan itu penting bagi memulihkan kembali semangat anggota kastam yang terjejas akibat siasatan yang dijalankan SPRM.

"Kita bukan hendak cari kesalahan sesiapa tetapi untuk pulihkan imej kastam," katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah pemimpin daripada kesatuan pegawai kastam Sabah, Awang Badele Awang Ali dan juga pemimpin kesatuan kakitangan kastam Sarawak, Ibrahim Bali.

Terdahulu pemimpin berkenaan mengadakan perjumpaan khas bagi membincangkan siasatan yang kini dijalankan ke atas 62 kakitangan jabatan itu.

Turut dibincangkan ialah kes melibatkan seorang pegawai kanan JKDM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di premis SPRM, Rabu lalu.(Sumber)

Kes Teoh Dan Sarbani Adalah Sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini.

NONEDengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.

50 polis
Keempat-empat ahli parlimen itu diiringi kira-kira 20 penyokong, bertemu Jaafar kira-kira 10 pagi tadi.

NONEKhalid berkata pertemuan kira-kira 30 minit itu diadakan bagi mendapat penjelasan daripada SPRM berhubung beberapa perkara termasuk kes kematian Ahmad Sarbani pada Rabu lalu.

Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diperolehi daripada Jaafar termasuk memberi jaminan bahawa SPRM negeri sentiasa memastikan semua pegawainya mematuhi prosedur siasatan yang ditetapkan.

"Dalam pertemuan ini, kami juga melahirkan kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan saksi atau tertuduh dalam kes rasuahapabila dibawa ke premis SPRM," katanya ,

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa hampir 50 anggota polis dilihat mengawal dan menyekat laluan menuju ke Wisma PKPS di Shah Alam sejak 8.30 pagi tadi dipercayai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

NONERabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu. 

Allahyarham didakwa datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut.

Ekoran kejadian itu, dua pegawai SPRM digantung tugas kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian berkenaan.(Sumber)

Keadilan Untuk Pegawai Kastam.

parti pembangkang jangan diam aje hal begini. pihak pembangkang perlu bangkit mempertahankan maruah pegawai kastam yang belum dibuktikan bersalah mengambil rasuah. jangan jadi bangang seperti perkataan celaka JMM yang mana membuat kenyataan celakanya. sebagaimana yang diketahui jmm adalah celaka dan barua baru kepada umno. kenyataan bangang oleh jmm begitu hebat dan menyentuh sensiviti orang lain. apakah siasatan sprm dah membuktikan bahawa ahmad sarbani sudah dibuktikan bersalah atau hanya siasatan tangkap muat oleh sprm. sebagaiman polis menangkap membuat operasi lalang dulu. jmm jangan meneruskan kerja kerja celaka sebagaimana  fahana yang menuduh tok guru nik aziz seperti ayah pin , kalau minat sangat dengan ayah pin buatlah jadi idola,

AZWANDDIN HAMZAH Yang DiPertua Kebangsaan JMM begitu celaka mengeluarkan kenyataanya, bagaimana azwanddin celaka ini tahu sarbani membunuh diri kerana tertekan dengan rasuah. begitu celaka kenyataan azwanddin ini, kalau sprm tangkap azwanddin dah dibuktikan ke bahawa beliau juga melakukan rasuah. wahai barua umno, jangan jadi bodoh dan bangang walaupun memang semua orang tahu hang memang bangang dan celaka. main sedap je tuduh orang, kena tangkap dengan sprm belum tentu didapati bersalah. apakah sprm ini tuhan tangkap yang bersalah saja. kes kes lain yang dilaporakn kepada sprm masih belum ada tindakan menggambarkan bahawa sprm tidak melakukan kerja hanya menahan bilis bilis dan tidak berani nak usik jerung yang masih bergigi tajam.  pastikan keadilan untuk pegawai kastam yang tiba tiba mati. rakyat tak mahu dengar dah kenyataan bukan bunuh diri dan bukan dibunuh lepas tu apa lagi kenyataan bodoh akan keluar lagi.

sarbani belum lagi dituduh dan dia belum layak menerima layanan penjenayah dan selagi belum dibicarakan dan belum dijatuhkan hukuman beliau masih lagi bersih. tuduhan jahat dan celaka kepada beliau amat amat jahat sekali. hentikan segala tuduhan dan bersihkan nama beliau jika beliau hanya ditangkap sebagaimana operasi lalang, angkut semua sekali tanpa perlu tahu salah ke tak, mula mula tangkap lepas tu lepas kerana tak mempunyai bukti bukti kukuh yang mana hanya tangkap syak. apa pun sarbani perlukan pembelaan sewajarnya. jangan ada bukti yang hanya mahu menjaga imej dan kredibiliti sprm yang sudah tercalar teruk. apakah sprm masih belum sedar bahawa mereka hanya menangkap bilis yang tidak bergigi tajam. hentikan ulasan celaka kepada arwah. selagi belum dibuktikan dimahkamah hentikan segala tuduhan celaka kerana beliau tak mampu lagi menjawab segala tuduhan yang kamu lemparkan kepadanya. dah tak mampu mempertahankan diri apabila di tuduh. kalau JMM hebat sangat tuduh orang yang masih hidup jangan sampai azwanddin pulak bunuh diri kerana mengeluarkan kenyataan bangang, celaka sungguh azwanddin ni sama macam farhana.(Sumber)

DAP Tuntut Penubuhan Suruhanjaya.

DAP hari ini menuntut sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi bagi menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya PencegahRasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Conchrane, Kuala Lumpur.

NONE“DAP melahirkan rasa marah di atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?” soal setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media.

Menurut Lim, suruhanjaya itu bakal menentukan punca kematian dan menghukum mereka yang bertanggungjawab. Selain itu, katanya ia bertujuan bagi memastikan suspek yang dipanggil tidak akan cedera ataupun mati ketika dalam tahanan SPRM.

“Kematian Ahmad dan beberapa rantaian peristiwa yang menyebabkan kematian mengingatkan kembali kematian tragis Setiausaha Politik DAP, Teoh Beng Hock di Ibu Pejabat Bangunan SPRM, Selangor. 

“Walaupun SPRM telah berjanji bahawa kes seperti itu tidak akan berulang selepas kematian Teoh dan tempoh jawatan Pengarah yang lepas tidak disambung, namun kematian Penolong Pengarah Ahmad pagi tadi menunjukkan bahawa SPRM tidak pernah belajar daripada kematian tragis Teoh,”

NONELim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata sehubungan dengan kejadian itu, rakyat kini tidak mempercayai kata-kata janji-janji yang dibuat oleh beberapa pemimpin BN.

“Persoalannya terletak kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan serius dalam mencari siapa yang bertanggungjawab dan seterusnya mengambil tindakan. 

“Kematian tragis Ahmad akan menimbulkan kecurigaan yang lebih mendalam dan seterusnya menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap kaedah operasi dan cara penyiasatan SPRM,” katanya.

Beliau juga menuntut supaya SPRM dirombak semula bagi memastikan suruhanjaya itu masih relevan untuk melaksanakan tugas anti rasuahnya secara efektif, efisen, tidak berat sebelah dan profesional tanpa ada sebarang kecederaan ataupun kematian terhadap suspek.

“Kegagalan SPRM dalam menyiasat tuduhan rasuah ke atas Ketua MenteriSarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunjukkan dengan jelas wujudnya “double-standards” dan kegagalan sistem badan tersebut dalam menegakkan undang-undang secara saksama.

“SPRM tanpa kredibiliti menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah. Untuk merombak semula, DAP mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Badan Siasatan Bebas oleh Transparency International bagi mengkaji semula operasi dan kaedah SPRM,” akhiri kenyataannya.

Khalid: Selangor tekad pertahan keselamatan pegawainya
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya berkata, kejadian hari ini menguatkan lagi hasrat kerajaan Selangor untuk melindungi setiap pegawainya, bagi memastikan keselamatan mereka terjamin ketika berada dalam tahanan badan tersebut.

NONE“Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan, perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.

“Arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi,” katanya.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Khalid berkata, SPRM langsung tidak belajar daripada kesilapan lalu di mana Teoh Beng Hock ditemui mati ketika berada dalam tahanan mereka pada Julai 2009.

“Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

“Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang,” katanya.

Tragedi berlaku ketika sebuah Suruhanjaya Diraja sedang menyiasat prosedur operasi SPRM susulan kematian bekas pembantu Exco Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock, yang mati pada Julai 2009.(Sumber)

Ibu Pengsan Melihat jenazah anak.

Ketibaan jenazah Ahmad Sarbani Mohamed petang ini disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh kira-kira 400 orang yang memenuhi Surau Ar-Rahman, Kelana Jaya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

NONEAda di kalangan mereka yang mengalirkan air mata, malah wanita yang dikenalpasti sebagai ibu kepada Allahyarham turut pengsan untuk beberapa ketika apabila melihat wajah Ahmad Sarbani.

Jenazah yang telah dikafankan itu dibawa daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan tiba dengan kenderaan jenazah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada kira-kira jam 5.10 petang ini.

Sebaik tiba, jenazah Allahyarham diletakkan di hadapan mimbar surau berkenaan dan wajahnya dibuka untuk ditatap buat kali terakhir.

Jenazah itu kemudiannya disembahyangkan oleh jemaah yang turut mengadakan majis tahlil dan bacaan surah Yassin serta solat hajat sebelum itu.

NONEJenazah berkenaan kini dibawa ke tanah perkuburan Islam di Kota Damansara dan semalam disemadikan pada kira-kira jam 6.30 petang.

Difahamkan, satu bedah siasat juga telah dijalankan ke atas jenazah Allahyarham di HUKM dan satu analisis juga dibuat ke atas keputusan bedah siasat berkenaan.

Jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan turut disembahyangkan di HUKM.

Ahmad Sarbani ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Ahmad Sarbani yang merupakan pembantu pengarah di pejabat JKDM Selangor berada di pejabat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
NONETerdahulu, imam bagi solat hajat yang dijalankan sebelum itu mengumumkan bahawa solat sunat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk Allah bagi menyerlahkan kebenaran dan menyelesaikan kes berkenaan.

Malaysiakini turut menemui beberapa orang rakan Allahyarham ketika kunjungan di kediaman Allahyarham di Kelana Jaya.

Ada di antara mereka yang datang dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak, untuk menziarahi keluarga Allahyarham.

Ada juga di kalangan mereka yang menyatakan rasa terkejut dan tidak percaya bahawa kawan sekampung mereka itu telah meninggal dunia.

NONESalah seorang daripada mereka berkata Ahmad Sarbani adalah seorang rakan yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

"Kami boleh cakap mengenai peribadinya sahaja. Mengenai kes ini, kami tak tahu," sampuk seorang rakannya yang lain.

Sementara itu, seorang guru agama kepada anak bongsu Allahyarham turut menyatakan rasa sedihnya atas pemergian Ahmad Sarbani.
Said Mahmud berkata beliau juga seperti tidak percaya bahawa pegawai kastam itu telah meninggal dunia.

Dari Pemuda PAS Perak

yang pergi tetap pergi (alfatihah). Tapi apa yg ditiggalkan adalah satu kejadian yang perlu disasat seadil2 nya. mugkinkah akan jadi seperti kes altantuya yg dibunuh oleh polis menggunakan C4 tanpa sebab? dan mugknkah juga sperti beng hock yng mati tanpa pembunuh atau mebunuh diri? dn apakah akan ada yg di kambing hitam seperti kehilangan enjin jet? apakah kehilangan wang (pengubahan wang haram) bernilai berbilon ringgit akan terus terpadam bersama2 saksi yg mati? maka pergilah allayarham bersama2 bukti yg ada padanya. mungkinkah ada indivitu yang akan rasa tenang selepes keprgian beliau bersma bahan bukti? siapakah dapat buktikan kes kematian ini dan kes pengkhianatan kepada negara dengan kehilangan wang yang bukan sedikit jumlahnya. semua persoalan ini akan terjawab apabila tumbangnya rejim umno dan BN. kerana tiada siasatan yang adil buat mereka yang dizalimi selagi BN memerintah. percayalah..

Keadilan Untuk Ahmad Sarbani Mohamed.


Satu blog baru telah diwujudkan untuk mencari keadilan buat Ahmad Sarbani Mohamed dan saudara boleh buat pautan pada http://keadilan4sarbani.blogspot.com. Memang menjadi kewajiban kepada  kita untuk membersihkan nama beliau yang mana pihak polis mengatakan ia adalah kes 'Mati Mengejut'. Atau bahasa yang betulnya ialah 'Bunuh Diri' yang mana jika kita mengakali akal kita, benarkah beliau membunuh diri.

Jika kita mendengar perwatakan beliau yang diceritakan oleh rakan-rakan rapatnya, mustahil beliau sanggup membunuh diri. Seorang yang ada pegangan agama dengan menjadi iman dikala berjemaah dan sentiasa menunaikan kewajiban sebagai seorang Islam dan beliau juga menjauhkan diri dari rasuah. 

Oleh itu sebagai umat Islam, kita wajib membela beliau yang dikatakan 'Mati Mengejut' dengan membersihkan keaiban yang dilontarkan kepada beliau kerana sudah menjadi 'Fardhul Kifayah' buat kita sebagai umat Islam. Apakah logik diakal seorang yang hanya mengira bulan sahaja untuk bersara, tiba-tiba membunuh diri apatah lagi beliau adalah seorang yang beragama.

Oleh itu berilah sokongan anda untuk keadilan buat Al-Marhum Ahmad Sarbani Mohamed dengan mendesak satu siasatan rapi dilakukan agar nama beliau tidak diaibkan buat selama-lamanya. Jika anda ada maklumat tentang Ahmad Sarbani, kongsilah bersama-sama kita. 

Keadilan Buat Sarbani

Apabila mayat mendiang Teoh Beng Hock didapati tertiarap di atas bumbung berhampiran kaki Plaza Masalam di Shah Alam iaitu bangunan yang menempatkan SPRM Selangor, ramai yang terkejut. Beng Hock ketika itu adalah Setiausaha Sulit kepada ahli EXCO dan Pengerusi DAP Selangor ketika itu Ean Yong.

Tetapi oleh kerana atas sebab-sebab tertentu yang saya percaya didorong kuat oleh alasan politik maka kita dipaparkan dengan kemungkinan kononnya mendiang jatuh atau bunuh diri.

Dan terkadang saya mungkin keterlaluan tetapi dapat mersasai ia bertukar menjadi isu perkauman. Seolah nyawa seorang hamba Allah tidak berharga semata-mata kerana beliau seorang bukan Melayu bukan Islam dan datang pula dari parti politik yang bukan Umno bukan BN. (kiri gambar dari sebuah portal berita menunjukkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor menyentuh keranda Allahyarham Ahmad Sarbini)

Lantaran itu tiadalah menyeluruh sentimen rakyat dalam isu ini. Masyarakat Cina saya yakin tersinggung dan kecewa sehingga insiden ini mempengaruhi beberapa pkeputusan pilihanraya kecil apabila masyarakat ini terbabit sebagai pengundi. Tetapi bagi masyarakat Melayu ia sekadar dijinjing oleh orang-orang PAS, yang lain cuma panjang remeh .

Hari ini Suruhanjaya Diraja yang menyiasat akibat kematian mendiang masih bersidang.

Dengan takdir Allah swt tiba-tiba kita berhadapan dengan satu lagi insiden yang sama. Juga di kaki bangunan SPRM. Yang meninggal kali ini ini seorang pegawai kastam berbangsa Melayu. Pegawai yang dikatakan sedang disiasat oleh SPRM atas pertuduhan rasuah tiba-tiba didapati meninggal dunia secara mengejut. Ramai khasnya kaum keluarga dan kenalan Allahyarham marah dan tidak puas hati apabila punca kematian dikataka bunuh diri.

Sama seperti mendiang Beng Hock kematian ini mahu disimpulakn sebagai bunuh diri sedangkan mereka yang rapat dan mengenali Allahyarham tahu bahawa Allahyarham seorang yang baik pekertinya, warak tak mungkin mahu membunuh diri walau tertekan bagaimana pun.

Kini apa yang dilalui oleh kaum keluarga dan kenalan Beng Hock turut ditanggung oleh kaum keluarga dan kenalan Allahyarham. Saya mendoakan agar sentimnt orang-orang Melayu terus bangkit dan menuntut keadilan untuk Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed.

Jika dulu lantang kedengaran “Justice for Teoh Beng Hock” sekarang mari kita bangkit dan tuntut “Justice for Ahmad Sarbani”

Mari kita tuntut keadilan ini kerana semalam Beng Hock hari ini Ahmad Sarbani dan esok lusa entah siapa lagi. Rakyat tidak harus membenarkan kematian seumpama ini berlaku sedang kalau didapati bersalah sekalipun kedua-dua hamba Allah ini tidak akan diihukum gantung sampai mati! Bayangkan jika mereka tidak bersalah.
Alfatihah.

Benarkah Kematian Sarbani Konsisten Akibat Jatuh Bangunan Tinggi.

Kecederaan dialami Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed konsisten dengan akibat jatuh dari premis yang tinggi, kata polis hari ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah enggan berkata sama ada penolong pengarah kastam itu, yang ditemui mati di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Cheras kelmarin, turut mengalami kecederaan lain.

“Kecederaan dia alami konsisten dengan akibat jatuh dari kawasan (bangunan) tinggi. Tetapi kami hanya akan tahu punca kematian selepas ujian makmal,” kata beliau kepada pemberita di sini pagi ini.

Ketika ditanya sama ada Ahmad Sarbani ada mengalami kecederaan lain, beliau berkata, “saya tidak kata begitu dan saya tidak kata kecederaan (itu) adalah punca kematian (dia).”

Pegawai kastam berusia 56 tahun itu ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Kelmarin, Zulkifli berkata ada kecederaan di bahagian kepala Ahmad Sarbani.

Hari ini beliau memberitahu bahawa enam pegawai SPRM telah dipanggil untuk diambil keterangan sejak kelmarin.

Bagaimanapun beliau enggan mengesahkan sama ada ia termasuk dua pegawai yang ditahan tugas oleh SPRM semalam.

Malah, Zulkifli juga berkata, hanya satu bedah siasat dikendalikan oleh doktor dan pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Laporan media menyebut ketua unit forensik HUKM Prof Madya Dr Shahrom Abdul Wahid telah dipanggil untuk mengendalikan bedah siasat kedua semalam.

Jenazah Ahmad Sarbani berada di HUKM selama 24 jam sejak kejadian dan hanya diserahkan kepada keluarganya sekitar lima petang semalam.

Zulkifli juga berkata, insiden itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut bagi membolehkan polis “menyiasat kesemua aspek.”

“Jika siasatan kami menuju satu arah tertentu, kami akan mengklasifikasikan kemudian,” katanya lagi.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut bila laporan makmal akan lengkap. (Insider)