Jumaat, 22 April 2011

Polis: Siasatan kematian Sarbani sudah lengkap

Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu depan.

NONEKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lalu adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata, siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.

NONE"Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman hari ini Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salahlaku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.

NONE"Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.

Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya adalah sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin, oleh itu penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang berdisiplin.

- Bernama

Kes Sarbaini: Polis rumus kematian mengejut, tiada elemen jenayah

Ahmad Sarbaini Mohamed
Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 6 April lalu.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Kata sumber, keluarga Ahmad Sarbaini sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM atas sebab kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya penolong pengarah kastam membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima anak.

Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Laporan media sebelum ini menyebut polis telah mengambil keterangan daripada 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini.

Selasa, 12 April 2011

16 Termasuk Anggota Keluarga Ahmad Sarbani Beri Keterangan

Polis sudah mengambil keterangan daripada 16 orang termasuk anggota keluarga Ahmad Sarbani Mohamed sehingga semalam bagi membantu siasatan kematian penolong pengarah Kastam Selangor itu pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dan berapa ramai anggota keluarga Ahmad Sarbani yang diambil keterangan.

“Polis akan mengambil lagi keterangan dari individu berkaitan jika siasatanyang dilakukan memerlukan lagi maklumat,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Sempena Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah di Pusat Beli-Belah Wangsa Walk anjuran MSL Properties di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) TanSri Lee Lam Thye yang juga Pengerusi MSL.

Dalam kejadian itu, Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati dengan kecederaan di kepala di gelanggang badminton di tingkat 1, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ketika diminta mengulas tentang rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperolehi polis dari tempat kejadian itu, Zulkifli berkata polis masih menganalisisnya.

“Polis tidak boleh buat keputusan tergesa-gesa kerana ini kes yang ingin diketahui oleh orang ramai,” katanya.

Terdahulu dalam sesi dialog itu, orang ramai memohon Polis Kuala Lumpur supaya mewujudkan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berikutan bilangan penduduk yang semakin ramai di kawasan itu.

Selain itu, mereka juga meminta polis memasang lebih banyak CCTV di kawasan Sentul, Keramat dan Wangsa Maju kerana banyak kes ragut dikatakan berlaku di kawasan berkenaan.

Zulkifli berkata Polis Kuala Lumpur memang merancang menubuhkan IPD Wangsa Maju tahun ini kerana penduduknya yang kini seramai 350,000 orang dan bersedia menambah CCTV di kawasan berkenaan. Sumber

Kastam Syor Kerajaan Tubuh Badan Penasihat.

Kastam Diraja Malaysia mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan penasihat kastam yang berfungsi untuk memantau prestasi jabatan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalil Yusuf, berkata badan itu dicadang supaya dianggotai tokoh-tokoh masyarakat termasuk di bidang akademik, korporat, perniagaan dan politik, yang bertindak menasihat dan memberi teguran yang perlu untuk menambahbaik jabatan itu daripada semasa ke semasa.

Beliau berkata cadangan penubuhan badan penasihat itu adalah antara strategi jangka pendek yang diputuskan hasil Mesyuarat Pengarah Kastam Se Malaysia ke-65 di Tasik Kenyir, Hulu Terenggganu pada 4 hingga 6 April lalu, dalam usaha menambah baik dan meningkatkan kembali integriti jabatan.

"Dalam mesyuarat kali ini kami meneliti draf pindaan undang-undang Akta Kastam 1967 dan akta-akta berkaitan dengan jabatan ini yang dianggap sudah tidak lagi sesuai serta boleh menyumbang kepada penyelewengan.

"Hasilnya, kami (cadangkan) pinda 82 undang-undang sedia ada dan menambah 49 peruntukan baru, yang akan dikemukakan kepada kementerian untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk dipertimbangkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, semalam.

Mohamed Khalil berkata kajian untuk meminda akta yang dianggap lapuk dan perlu penambahbaikan itu sudah lama dilakukan dan ia tiadak kaitan dengan dengan penahanan 63 kakitangan jabatan Kastam termasuk pegawai kanan bergelar Datuk dalam Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata dalam mesyuarat kali ini juga Jabatan Kastam memutuskan untuk membangunkan sistem yang dikenali sebagai e-Rotation atau e-Perkhidmatan di mana pegawai kastam yang bertugas akan ditukarkan ke tempat baru mengikut penentuan secara elektronik.

Selain itu, katanya Jabatan Kastam juga bersetuju untuk menjadikan unit tataterbit jabatan itu sebagai badan pemantau terhadap pemilikan harta para pegawai.

"Arahan kerajaan kini memanglah pegawai kerajaan kena isytihar hantar, tetapi soalnya sekarang adakah ia dipantau secara teliti setiap perisytiharan harta yang dimaklumkan, apakah ada satu badan untuk memantaunya?" katanya. (Sumber)

Isnin, 11 April 2011

IGP: Bedah Siasat Sarbani Belum Boleh Didedah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang menyamakan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed dengan kes Teoh Beng Hock.

NONE"Kedua-dua kes ini adalah berbeza dari segi faktanya. Jadi saya rasa tak boleh buat satu kesimpulan seolah-olah ada perkara yang tidak betul berlaku dalam kes ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Serdang sempena memperingati Hari Polis ke-204, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas kes Ahmad Sarbani yang ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane semalam, Ismail berkata polis perlu diberikan kepercayaan untuk menyiasat kes itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

"Kita ada proses siasatan, proses pendakwaan dan perbicaraan; jadi biarlah proses ini berjalan dulu. Hormati sistem yang ada dalam negara; hormati kepada proses perundangan. Maka kebenaran akan diketahui akhirnya," katanya.

NONEIsmail berkata polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu termasuk mengkaji keputusan bedah siasat yang diperolehi dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Saya tidak boleh dedahkan lagi keputusannya (bedah siasat), tunggu dulu. Apa yang boleh saya katakan ialah bedah siasat berjalan lancar, pemeriksaan di tempat kejadian dah dibuat termasuk berjumpa dengan saksi-saksi," katanya.

Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, namun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

NONEBeliau dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu semalam untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

Teoh pula ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan di bangunan itu.(Sumber)

Charles Santiago Kata Sarbani Dibunuh Pegawai Kastam...!!!!


GT terbaca satu kenyataan dari FMT yang mengatakan bahawa Charles Santiago memberi tahu bahawa seorang pegawai kanan berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kematian Sarbani.

Ahli Parlimen Klang itu berkata dia mengetahui perkara ini melalui ejen-ejen penghantar kargo di Pelabuhan Klang.

Ini adalah dakwaan yang serius yang boleh diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Charles wajib dipanggil memberi keterangan berikutan perkara ini bagi membantu siasatan.

Polis sudah mengklasifikasikan ia sebagai kes bunuh diri, namun ianya ditolak oleh rakan-rakan dan kesatuan sekerja.

GT percaya kepada laporan siasatan, namun dakwaan Charles juga wajib diambil kira oleh pihak penyiasat. Kita mahukan siasatan yang telus dan rapi dimana segala kemungkinan diambil kira.

Dan yang paling penting, kita tidak mahu terus - terusan membiarkan jerung kelaparan bermaharajalela membaham duit hasil dari memanipulasikan cukai Kastam!(Sumber)

Rakan Sekerja Sarbani Syak Berlaku Unsur Khianat.


Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam keskematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.
NONESalah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.
NONE

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.