Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan

Sabtu, 9 April 2011

Kesatuan Harap Anggotanya Tak 'Dipukul' SPRM. PDRM Apa Kurangnya.

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Ibrahim Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden melibatkan seorang anggotanya, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu.
NONE"Kita minta (ketua pesuruhjaya) SPRM beri jaminan supaya pegawai 
yang disiasat tidak dipukul atau dijentik.

"Kita mahu (siasatan) ikut prosedur. Kita minta SPRM lebih profesional dan bertanggungjawab

Menjawab soalan, Ibrahim berkata, setakat ini belum ada laporan polis melibatkan anggota dikasari SPRM.

"Ini cuma kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul.

"Kita tak pernah nak bersengketa dengan mana-mana agensi kerajaan. Kita hanya bekerja untuk memungut hasil negara," katanya lagi dalam satu sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya petang ini.

Kebimbangan itu turut diulas oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam, Mohd Noor Yusoff yang menjelaskan bahawa belum ada sebarang aduan dibuat berhubung perkara itu.

"Kita tidak ada (terima aduan), cuma pegawai-pegawai kanan yang ditahan itu tahu hak mereka.

NONE"Kalau ada kes-kes dipukul, dipaksa, diugut, itu diluar jangkaan.

"Kita mengharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan adil kerana mereka ini belum dituduh, cuma membantu siasatan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani (kiri).

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media itu.(Sumber)

Kesatuan Minta Najib Bersih Nama.

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membersihkan nama kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia daripada dakwaan menyebabkan kerugian hasil melibatkan sejumlah RM108 bilion.

NONERayuan itu disuarakan oleh presiden kesatuan itu, Ibrahim Ahmad dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, kesatuan itu akan menghantar satu telegram secepat mungkin kepada perdana menteri untuk mengadakan pertemuan dengan beliau.

"Kita mahu buat pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak agar beliau dapat membersihkan nama (jabatan) kastam yang tercemar," kata Ibrahim.

Jelasnya, perdana menteri yang juga menteri kewangan perlu memberi penjelasan bagi mengubah persepsi rakyat terhadap anggota jabatan itu.

Jelasnya, dakwaan rasuah berjumlah RM108 bilion itu telah mengguris perasaan anggota kastam.

Katanya, kesatuan itu mahu membersihkan nama anggotanya yang tercemar akibat laporan media "bahawa penyelewengan sebanyak RM108 bilion adalah angkara kastam."

NONE"Kenyataan bahawa wang (dijumpai) berselerak seolah-olah kita ni kaya sangat, walhal ada yang berlepek, tak berduit pun," tambahnya.

Sehubungan itu juga, Ibrahim (kanan) berkata satu pertemuan akan diadakan dengan ketua pesuruhjaya SPRM bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu.

Sementara itu, presiden Cuepacs Datuk Omar Osman yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, pertemuan itu akan diadakan pada 12 April di pejabat SPRM, Putrajaya.

Omar berkata, beliau juga akan mengiringi pemimpin kesatuan berkenaan, yang merupakan anggota gabungan Cuepacs, dalam pertemuan berkenaan.

Jelasnya, pertemuan itu penting bagi memulihkan kembali semangat anggota kastam yang terjejas akibat siasatan yang dijalankan SPRM.

"Kita bukan hendak cari kesalahan sesiapa tetapi untuk pulihkan imej kastam," katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah pemimpin daripada kesatuan pegawai kastam Sabah, Awang Badele Awang Ali dan juga pemimpin kesatuan kakitangan kastam Sarawak, Ibrahim Bali.

Terdahulu pemimpin berkenaan mengadakan perjumpaan khas bagi membincangkan siasatan yang kini dijalankan ke atas 62 kakitangan jabatan itu.

Turut dibincangkan ialah kes melibatkan seorang pegawai kanan JKDM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di premis SPRM, Rabu lalu.(Sumber)

Kes Teoh Dan Sarbani Adalah Sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini.

NONEDengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.

50 polis
Keempat-empat ahli parlimen itu diiringi kira-kira 20 penyokong, bertemu Jaafar kira-kira 10 pagi tadi.

NONEKhalid berkata pertemuan kira-kira 30 minit itu diadakan bagi mendapat penjelasan daripada SPRM berhubung beberapa perkara termasuk kes kematian Ahmad Sarbani pada Rabu lalu.

Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diperolehi daripada Jaafar termasuk memberi jaminan bahawa SPRM negeri sentiasa memastikan semua pegawainya mematuhi prosedur siasatan yang ditetapkan.

"Dalam pertemuan ini, kami juga melahirkan kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan saksi atau tertuduh dalam kes rasuahapabila dibawa ke premis SPRM," katanya ,

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa hampir 50 anggota polis dilihat mengawal dan menyekat laluan menuju ke Wisma PKPS di Shah Alam sejak 8.30 pagi tadi dipercayai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

NONERabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu. 

Allahyarham didakwa datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut.

Ekoran kejadian itu, dua pegawai SPRM digantung tugas kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian berkenaan.(Sumber)