Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lalu adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata, siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.
Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.
"Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.
Terdahulu dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman hari ini Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salahlaku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.
"Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya adalah sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin, oleh itu penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang berdisiplin.
- Bernama
"Kedua-dua kes ini adalah berbeza dari segi faktanya. Jadi saya rasa tak boleh buat satu kesimpulan seolah-olah ada perkara yang tidak betul berlaku dalam kes ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Serdang sempena memperingati Hari Polis ke-204, dekat Kuala Lumpur hari ini.
Ismail berkata polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu termasuk mengkaji keputusan bedah siasat yang diperolehi dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu semalam untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.


Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membayangkan kemungkinan sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kejadian Rabu lalu itu tetapi katanya polis perlu menyelesaikan siasatan terlebih dahulu.
Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

"Kita minta (ketua pesuruhjaya) SPRM beri jaminan supaya pegawai
"Kalau ada kes-kes dipukul, dipaksa, diugut, itu diluar jangkaan.
"Kenyataan bahawa wang (dijumpai) berselerak seolah-olah kita ni kaya sangat, walhal ada yang berlepek, tak berduit pun," tambahnya.
Dengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).
Khalid berkata pertemuan kira-kira 30 minit itu diadakan bagi mendapat penjelasan daripada SPRM berhubung beberapa perkara termasuk kes kematian Ahmad Sarbani pada Rabu lalu.
“DAP melahirkan rasa marah di atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?” soal setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata sehubungan dengan kejadian itu, rakyat kini tidak mempercayai kata-kata janji-janji yang dibuat oleh beberapa pemimpin BN.
“Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan, perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.
Jenazah berkenaan kini dibawa ke tanah perkuburan Islam di Kota Damansara dan semalam disemadikan pada kira-kira jam 6.30 petang.
